1.
Sebagaimana yang saudara semua sedia maklum, Datuk Zaki telah berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya dengan kelebihan tiga undi berbanding Tun Faisal. Kejayaannya tersebut adalah mengulangi kemenangannya seperti tahun 2004 yang lepas juga dengan kelebihan tiga undi. Tahniah juga diucapkan kepada Saudara Hisamuddin Yahya (Yob) yang memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda dan semua barisan Ahli Jawatankuasa yang baru Sesi 2008/2011. Mengambil kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan perwakilan yang telah mengundi saya untuk mewakili Pemuda Putrajaya (G2) ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia pada bulan Mac 2009.
2.
Saya berharap dengan adanya barisan kepimpinan baru tersebut, akan memantapkan lagi Pemuda UMNO Putrajaya. Segala janji-janji yang telah dibuat haruslah ditunaikan. Saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli pemuda dan menggerakkan supaya pertandingan diteruskan supaya ahli-ahli pemuda baru belajar berkempen dan seterusnya memastikan semua calon turun berkempen dengan janji-janji mereka. Kita boleh saja, tidak perlu pertandingan dengan berkompromi tetapi ramai pemuda akan rugi kerana tidak merasai suasana berkempen dan bertanding... Janganlah jadi perumpamaan, "yang kalah jadi abu yang menang jadi arang". Bersatulah semua kembali demi agama, bangsa dan negara.