Semenjak semalam kita melihat pembangkang iaitu ahli dan penyokong-penyokong PAS terutamanya yang mengatakan mereka adalah lebih Islam telah menulis perkataan-perkataan dan artikel-artikel yang menjurus kepada menghina Paduka Seri Sultan Perak. Husam Musa menyifatkan UMNO sebagai lanun sebagaimana artikel mereka di dalam Harakah Online. Pembangkang sesungguhnya tidak boleh menerima bahawa mereka sudah kehilangan kuasa di Perak. Amat berbeza sikap para pemimpin mereka dengan pemimpin UMNO dan BN apabila kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor pada PRU ke12 yang lepas.
Adakah kita melihat UMNO mengadakan demonstrasi di depan Istana Sultan Kedah, Istana Sultan Perak dan Istana Sultan Selangor? Mereka tahu makna demokrasi, tetapi sengaja pemimpin pembangkang seperti Nizar dan Anwar Ibrahim menghasut para penyokong mereka supaya tidak menghormati undang-undang dan menghina institusi Istana. Apakah makna sekiranya Anwar bapak lanun ini berjaya dengan plan 16 September 2008 yang lepas. Adakah BN @ UMNO akan menggelar mereka lanun atau korupsi atau mengadakan demonstrasi.
Walaupun semasa di atas pagar dahulu saya tertarik dengan pendekatan PAS yang dasarnya Islam, tetapi setelah meneliti sikap dan tindak tanduk pemimpin mereka seperti yang dizahirkan seperti ini dan tidak matang maka secara peribadi saya melihat PAS dan Anwar tidak mampu membawa masyarakat Malaysia kepada masyarakat madani sebagaimana yang diwar-warkan. Kita melihat kemampuan dan sikap sebenar pemimpin apabila dalam keadaan tersepit telah membuat keputusan yang silap dan tidak matang. Justeru hari ini kapal "Anwar of Perakian" telah karam dan kini Anwar mengharapkan Khalid di Selangor dan kapal Lim Guan Eng di Penang sebagai kapalnya yang baru kerana kita melihat Anwar kurang berani menunggang kapal PAS di Kedah dan Kelantan.
Nasihat kepada Anwar, jangan berkokok berlebih-lebihan!... Beri hala tuju dan bantulah pengusaha kandang-kandang babi saudara di Selangor dan Perak. Takut nanti kandang babi pecah, babinya bertebaran mencari kandang lain...