Alhamdulillah, setelah melalui episod yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu sebentar tadi sah YAB. Datuk Dr. Zambry bin Abdul Kadir telah menggangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11. Sebak dan sayu tatkala mengikuti majlis menggangkat sumpah di Balai Rong Seri Istana Iskandariah tadi kerana kembalinya BN memerintah Negeri Perak selepas diperintah oleh DAP secara tersiratnya sejak 10 bulan yang lepas. Tahniah kepada YAB. Datuk Dr. Zambry kerana dilantik sebagai Menteri Besar yang baru dan adalah diharapkan dapat memanfaatkan kuasa yang diberikan demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak khususnya menjaga kepentingan bangsa Melayu. Kita sedih melihat cara pemerintahan YB. Ir. Nizar yang tidak konsisten dan memahami hakikat kedudukannya sebagai Menteri Besar. Terlalu banyak tindak tanduk beliau sebagai pemimpin Melayu yang dilihat membuat keputusan di atas tangan-tangan ghaib iaitu DAP. Sepatutnya sebagai orang yang tidak berpengalaman beliau perlu merujuk keputusan-keputusan yang sensitif yang melibatkan kaum Melayu kepada Paduka Seri Sultan. Kini nasi telah menjadi bubur, kita melihat Melayu menjadi penderhaka kepada Baginda Sultan dan DAP bertepuk tangan. PAS dan Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa inilah yang diinginkan oleh bangsa asing supaya kaum Melayu dan umat Islam terus berpecah belah. Saya juga sangat bersetuju dengan saranan Senator Datuk Syed Ali Alhabshee supaya gelaran Dato' Sri yang dianugerahkan kepada YB. Ir. Nizar ditarik balik sekiranya beliau terus berkelakuan menghina dan menderhaka kepada Paduka Seri Sultan...