Salam hormat. Semua sudah maklum akan penangguhan kali ke-2 persidangan Pemuda Bunga Tanjung,Presint 16. (cawangan jiran aku). Persidangan kali pertama pada 2 Ogos 2008 yang lepas ditangguhkan setelah majoriti ahli pemuda membantah persidangan yang dijalankan kerana Sdr. Aziz, Ketua Pemuda sekarang tidak menyediakan langsung buku peringatan persidangan dan penyata tahunan. (sebenarnya tahun lepaspun tak buat dan mesyuarat tak cukup korum, tapi Zaki pejam mata). Setelah bantahan tersebut dibuat, Dato' K mengarahkan supaya mesyuarat ditangguhkan ke satu tarikh lain iaitu pada 7 Ogos 2008.
Walau bagaimanapun, persidangan kali ke-2 yang dipengerusikan sendiri oleh Dato' K terus hangit dan menghadapi masalah serta bantahan. Bantahan berlaku apabila Aziz yang membawa misi Zaki turun dengan ahli import dan bukan penduduk Presint 16 serta bekerja di Putrajaya. Khabarnya import dari MRCB yang Zaki menjadi salah seorang Pengarahnya. Sementara itu bantahan keras dibangkitkan oleh Zaid dan semua pemuda yang bermastautin tetap di Presint 16. Masalahnya, bila berlaku pertembungan pertandingan untuk memilih Ketua Pemuda baru, Pemuda Tanjung yang bermastautin tidak mahu orang yang tinggal di luar Putrajaya memegang jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda. Sedangkan Aziz yang tidak lagi tinggal di Putrajaya hendak terus mengekalkan kedudukannya dan disokong oleh Saimi, Ketua Cawangan Tanjung yang juga tinggal di luar Putrajaya.
Oleh kerana kekuatan setiap kumpulan adalah 50-50 dengan Saimi sebagai wakil cawangan memihak kepada Aziz, sudah tentu kumpulan Zaid akan kalah. Masalah berlaku, apabila kumpulan pemuda Zaid kalah, strategi yang dirancang ialah semua ahli pemuda yang bersama Zaid termasuk ahli cawangan yang tidak menyukai Saimi akan memboikot persidangan cawangan dan menyebabkan persidangan cawangan tidak sah kerana tak cukup korum. Apabila cawangan digantung, secara automatik pemuda juga tergantung. Katanya, itu lebih baik bagi mereka daripada mempunyai Ketua yang tidak mengambil tahu hal ehwal pemuda dan cawangan pada masa akan datang. Oleh kerana keadaan pada malam khamis tersebut panas dan genting, maka sekali lagi Dato' K memutuskan supaya persidangan pemuda dan cawangan ditangguhkan sekali lagi.
Pelan kompromi sedang dibincangkan oleh kedua-dua pihak, bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Aku mempunyai sedikit pendapat bagaimana untuk merungkaikan masalah ini dan mungkin boleh dirundingkan seperti berikut;
Pencalonan Ketua Pemuda beri kepada Zaki dan Naib diberi kepada Tun Faisal. Jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda cawangan diserahkan kepada Zaid dan pemuda yang bersamanya. Pencalonan bagi perwakilan, satu diberi kepada budak Aziz dan satu lagi diberi kepada budak Zaid. Perkiraannya di sini ialah, Aziz automatik menjadi perwakilan kerana merupakan AJK Pemuda Bahagian dan Zaid pula akan mendapat tiket automatik apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda cawangan. Masing-masing pula akan membawa seorang perwakilan... Dalam hal ini, sepatutnya Zaki telah memberi nasihat yang bernas kepada Aziz dan bukannya terlalu tamak untuk mengaut sejumlah 4 perwakilan dari pemuda Tanjung. Kalau formula ni dipakai dan dipersetujui, aku rasa masalah selesai...