Ahh.... berbondong-bondong rakan dan taulan pergi ke Permatang Pauh. "Weh, kau tak datang sinika?" Ramai yang bertanya. Alhamdulillah, semangat dan pengorbanan rakan-rakan yang telah berkampung di Permatang Pauh sejak lebih seminggu yang lepas amat dihargai. Dalam situasi yang genting di sana, pemuda perlu membantu. Pagi inipun lebih 30 orang Pemuda Putrajaya sedang berkonvoi ke sana. Kalau tak melibatkan perkara sangat penting di pejabat, aku juga turut bersama. Cuti dah ambil sampai selasa, apakan daya arahan pejabat juga perlu diutamakan.
Kita maklum BN berhadapan situasi sulit di sana, banyak kawasan peti undi kita tak boleh masuk. Kita ini seolah-olah jadi macam pembangkang 20 tahun yang lepas kerana begitulah cara kita melayan dan memprovokasi mereka. Jadi janganlah hairan semua taktik kita bisa digagalkan. Bukankah PKR dan DS.Anwar dari UMNO? Sudah tentu dia maklum akan semua strategi yang kita laksanakan dalam setiap pilihanraya. Pimpinan kita yang lemah kerana tidak menggunakan keupayaan dan jentera sepenuhnya. Jentera seperti JASA, BTN dan UMNO itu sendiri telah dilihat lemah atas sebab Pak Lah lambat membuat keputusan-keputusan penting. Kalau tidak didesak, Pak Lah hanya akan menurunkan harga minyak mulai 1 Sep. 2008 nanti dan bukan hari ini seperti yang telah diumumkan semalam iaitu penurunan sebanyak 15 sen kepada RM2.55. Kalau awal bulan September, DS Anwar dah masuk Parlimen! Sekali lagi, kita akan dimomok dan diperlekehkan oleh Anwar kerana nanti dikatakan takut kat dia, baru turun harga petrol.
Sahabatku, Permatang Pauh juga sudah semestinya turut menjadi medan berkempen untuk pertandingan pemilihan UMNO terutama kawan-kawan yang bertanding Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan G2. Cuma berpada-padalah, jangan habiskan duit kat sana... Selamat berjuang!!!