Salam hormat dan salam perjuangan. Setelah beberapa ketika tak 'bloging' kerana terikat dengan pelbagai komitmen serta masalah talian streamyx yang konflik dengan sistem keselamatan ADT, terpaksalah guna 'dail-up' tmnet untuk tenet.
Alhamdulillah, bermula 26 Julai 2008 yang lepas sehingga hari ini sebanyak 18 buah UMNO cawangan di Putrajaya telah bersidang, satu cawangan gantung (berstatus penaja semula sbb tak cukup korum) dan 4 lagi belum bersidang. Adalah difahamkan, cawangan yang terakhir akan bersidang ialah Meranti iaitu pada 14 Ogos 2008.
Seperti yang telah dijadualkan, Pemuda UMNO Caw. Teratai telah bersidang pada 27 Julai 2008 yang lepas. Seramai 26 orang ahli pemuda telah hadir dalam persidangan berkenaan dan berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli pemuda yang telah memberi komitment untuk hadir pada hari tersebut. Sebagaimana yang saya telah nyatakan sebelum ini, peralihan kepimpinan jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda telah berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Zack sebagai Ketua Pemuda dan Mahadzel sebagai Naib Ketua Pemuda yang baru dan juga barisan AJK bagi penggal 2008/2011. Sebelum itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan sekali lagi kepada barisan AJK bagi sesi 2004/2008 kerana telah membantu saya dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang sepanjang tempoh tersebut. Nampaknya dalam biodata kat sebelah kanantu, status Ketua Pemuda kena gugurkanlah...
Untuk makluman semua, peralihan saf kepimpinan ini bukanlah dipaksa-paksa, tetapi atas kesedaran dan kehendak saya sendiri supaya halatuju baru diserahkan kepada pelapis yang lebih muda. Mereka mestilah diberi kepercayaan untuk memimpin barisan muda dan kita yang lebih berpengalaman ini hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
Walau bagaimanapun, sebelumnya saya berasa sedikit teruja dengan kicauan burung dibawa angin sepoi menyatakan Pemuda Teratai akan dilanggar. Tinggal dan diam di kolam buaya, saya tahu maksud tersirat!!! Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Dengan kata pepatah Melayu tersebut, tidaklah perlu saya mengulas panjang kerana sudah tentu ada hati yang terguris...