UMNO Cawangan Bunga Tanjung diberitakan telah meneruskan persidangannya semalam 13 Sept. 2008 (sabtu) tanpa kehadiran wakil bahagian dan juga pemantau. Pemuda juga dimaklumkan tidak dapat bersidang kerana tidak cukup korum. Kedudukan sayap wanita dan puteri pula tiada sebarang makluman. Dalam persidangan tersebut dimaklumkan En. Osman bin Sadikin telah dipilih sebagai Ketua Cawangan yang baru menggantikan En. Saimi dan Tuan AFO telah dicalonkan sebagai Ketua Bahagian serta En. Azali Idris sebagai calon Tim. Ketua Bahagian. Persoalan yang timbul adakah persidangan UMNO cawangan tanpa kehadiran wakil bahagian sah dilaksanakan? Siapakah orang yang akan mengesahkan persidangan tersebut sama ada cukup korum atau tidak, sama ada mematuhi peraturan persidangan atau tidak, sama ada yang hadir itu ahli UMNO atau tidak? Mungkin kumpulan Tuan AFO mempunyai tafsiran dan alasan yang tersendiri tetapi kita perlu merujuk kepada Peraturan Persidangan Cawangan UMNO.
Sementara itu, diberitakan juga UMNO cawangan Meranti telah meneruskan persidangannya petang tadi 14 Sept. 2008 (ahad) dengan kehadiran 23 orang ahli. Abang Mat mengekalkan jawatan sebagai Ketua Cawangan sementara dalam pertandingan pencalonan Ketua Bahagian, diberitakan Tuan AFO mengatasi Ku Nan dengan jumlah undi 10 - 4. Sementara itu bagi pencalonan Tim. Ketua Bahagian Tuan Azali mengatasi Dato' K dengan 8 - 7. Saya juga tidak maklum sama ada wakil bahagian ada atau tidak dalam persidangan tersebut. Kalau tidak, saya kira isunya sama seperti kedudukan Tanjung dan ditambah pula dengan mengingkari ketetapan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi supaya korum persidangan cawangan hendaklah 1/4 dari jumlah ahli yang membayar yuran dan bagi cawangan Meranti, korum yang membolehkan persidangan diteruskan ialah 32 orang ahli.
Dalam hal ini aku tabik dengan perjalanan Persidangan Pemuda UMNO Putrajaya kerana semuanya berlangsung dengan mengikut peraturan dan disahkan serta dihadiri oleh wakil Pemuda UMNO Bahagian serta pemantau bahagian. Kecuali persidangan Pemuda UMNO Dedap sahaja yang masih diragui kesahihannya...