1.
Pertama sekali aku dimaklumkan, mulai kelmarin Sdr. Tom PSU Pemuda Bahagian sedang mengedar dan menguruskan borang-borang persetujuan pencalonan pelbagai peringkat jawatan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Kita akan melihat pertandingan 2 penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian. Sementara itu, seramai 39 orang telah dicalonkan untuk bertanding AJK Pemuda Bahagian sementara 10 orang dicalonkan bertanding G2. Ramai muka-muka baru yang akan bertanding sebagai AJK dan ia adalah baik untuk kita memilih barisan AJK Pemuda yang difikirkan benar-benar mampu berfungsi dan melaksanakan tugas dengan berkesan. Sekiranya calon-calon tersebut sekadar suka-suka dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas, amat rugi sekiranya dibenarkan duduk sebagai AJK.
2.
Dalam tempoh yang terdekat ini juga aku difahamkan setelah usaha-usaha Datuk Zaki untuk melaksanakan pelan kompromi GAGAL maka strategi seterusnya yang dikesan ialah beliau sedang berusaha keras untuk mencari kesalahan-kesalahan teknikal supaya Tun Faisal gagal bertanding. Usaha-usaha yang dibuat termasuklah mendapatkan bantuan dari pegawai berpangkat JUSA di Kementerian Pelajaran. Apa yang menarik sekali, 'dealing' dengan pegawai tinggi tersebut bukan dibuat di Malaysia, tetapi di bumi suci Mekah tempohari...
3.
Selain itu, kempen semakin rancak berjalan. Mana 'port' yang kawan-kawan tak pernah jejak, SOHO, Old Town/Padi Cyberjaya, Perantau, Mali Dengkil, Salina, Lengkuas, Restoran Yus, Village View kat Bangi, Steak House kat Serdang, Kelab Tasik Putrajaya, Marriot IOI, Palm Garden IOI, mamak Kasturi, Dapur Mas, ARL Cafe' Alamanda dan beberapa tempat lagi, semua kawan-kawan perwakilan kita dah makan. Alhamdulillah, murah rezeki calon-calon utama kita seperti Datuk Zaki, Tun Faisal, Yob dan Sharel... Itu tak kira geng 'golfer' yang turun time pose ni.
4.
Aku kira kempen dan pertandingan kali agak menarik dan pendekatannya berbeza daripada pertandingan 2004. Apa dia perbezaannya, hanya orang-orang lama sahaja yang tahu... Kalau dengar daripada sumber yang boleh dipercayai, Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan berlangsung dalam minggu pertama bulan Oktober. Wah!... semua calon dah bersedia ke ??? Apapun, dalam kita dok sibuk berkempen dan berpolitik, terawikh janganlah tinggal langsung...