Ekoran pertikaian dan salah tafsiran berhubung pengesahan Persidangan Pemuda UMNO Caw. Bunga Meranti kelmarin 6 Sept. 2008 (Sabtu) dan kelayakannya menghantar perwakilan ke Persidangan Pemuda Bahagian Putrajaya pada bulan Oktober 2008 kelak, maka di bawah ini diperturunkan petikan Peraturan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia;
8. Hak Menghadiri Persidangan
peraturan 8.8 "Jika Cawangan gagal mengadakan Persidangan Tahunannya, tidak menyebabkan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita atau Puteri yang diadakan tidak sah dan adalah berhak menghantar wakil-wakilnya ke mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita atau Puteri Bahagian"
-dipersetujui dlm Mesyuarat MT pada 10 Februari 2001
Dengan berpegang kepada peraturan tersebut dan pengesahan yang dibuat oleh Sdr. Johari (Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan) maka Persidangan Pemuda UMNO Caw. Bunga Meranti tersebut hendaklah jangan dipertikaikan lagi kesahihannya termasuk kelayakannya menghantar perwakilan ke Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.