UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan Majlis Kacau Dodol malam ini. Majlis yang dijangka selesai menjelang jam 5.00 pagi nanti, dihadiri 200 ahli UMNO dari 23 buah cawangan diadakan di Apartment Presint 16 Putrajaya. Sebanyak 11 buah kawah dodol disediakan untuk dikacau bersama-sama oleh ahli UMNO tersebut. Sekarang ini, para peserta sedang menikmati sahur yang disediakan oleh Wanita dan Puteri. Majlis yang diilhamkan oleh Y.Bhg. Dato' Khairuddin bin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tersebut harus dipuji kerana mengembalikan semangat bergotong royong bagi mengeratkan tali silaturrahim dalam kita mungkin tidak bersefahaman sebelumnya akibat perebutan jawatan dalam persidangan UMNO peringkat cawangan. Dengan diiringi lagu-lagu raya, nostalgia mengacau dodol bersama keluarga dikampung menggamit ingatan.
Program tersebut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya pada jam 1.30 pagi sebentar tadi sebaik tiba dari Ipoh yang sebelumnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di Ipoh sempena majlis berbuka puasa semalam. Turut hadir bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Hamzah bin Zainuddin.
Kelihatan kedua-dua calon Ketua Pemuda Putrajaya cukup mesra mengacau dodol bersama. Ada apa-apake? Manalah tau, sambil-sambil mangacau dodol ada dealing pelan kompromi. Bukan apa, kesian Yob dah banyak keluar modal kempen dia sebagai Naib. Kalau iapun ada kompromi, kena maklum kat kawan-kawan bro. Kamipun dah penat bersengkang mata, tak kira lagi modal beli kuaci!!! Ada 'rumours' juga Tun Faizal dah sign terima pencalonan Naib Ketua Pemuda. Betulke ??? Iyolah, bukan main erat jabat tangan Tom kat mamak Kasturi malam semalam. Ada kempen Tom tukar kem ke bro...