Kita semua sudah memasuki mood raya yang dijangka akan disambut pada 01 Oktober 2008 (Rabu). Pagi tadi aku sempat pergi Bintang, Bangi dan Nilai 3 dimana ramai juga yang 'shopping' last minute. Malam kelmarin dari jam 2.00 - 5.00 pagi pulak aku singgah kat 'up town' Danau Kota. Ramai betul umat, nak bergerakpun macam kat Jalan TAR. Mengikut jadual, petangni aku akan bertolak balik ke Sungai Besar dan esok balik ke Tapah untuk beraya dirumah mertua. Jumaat balik semula ke Sungai Besar dan seterusnya kembali semula ke Putrajaya pada hari ahad.
Dalam kita sibuk menyambut ketibaan Aidil Fitri dengan berbelanja sakan, jangan lupa kepada insan yang susah dan berduka. Bagi Pemuda Teratai aku sempat membuat sedikit kutipan termasuk dari KC Teratai, Amri, Shahrirzaman (EXCO) Pemuda Malaysia untuk disumbangkan kepada anak-anak arwah Abu Samah bin Hashim yang kini menetap di Segambut. Cadangnya aku nak serahkan sendiri semalam, w.b.manapun call yang dibuat tidak disambut sampai petang dan malam baru dapat bercakap dengan balu arwah. Dan malam tadi juga aku terus 'bank in' kan duit sumbangan kawan-kawan Pemuda Teratai melalaui akaun Maybank beliau.
Teringat aku program Majlis Berbuka Puasa anjuran Datuk Zaki tahun lepas pada 05 Oktober 2007 (Jumaat) di Dewan Serbaguna Presint 9. Dalam pogram tersebut turut diraikan adalah anak-anak yatim sekitar Parlimen Putrajaya dan 40 orang anak yatim dari rumah anak yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun apa yang menyebabkan aku sangat terkilan ialah bila sampai giliran anak yatim dari Pemuda Cawangan Teratai dan disebut nama anak-anak arwah yang telah aku 'submit' sebelumnya, Datuk Zaki dan pegawai tak mahu bagi sumbangan tersebut dengan alasan sumbangan yang diberikan hanya kepada anak-anak yatim yang hadir sahaja. Hal tersebut sangat memberi kesan ke dalam hati sanubari aku kerana arwah Abu Samah adalah AJK Pemuda Teratai yang aktif dan memang dikenali oleh Datu Zaki sendiri...